Wednesday, December 8, 2010

Family Trip (^_^)

It's me...heheh

My Lovely Mom...

Feel Fresh

Posing Kajap.....

Relaxing Chair...

M4

GREEN LOVE

Which way ??

Looking Around

Think Green

Monday, November 29, 2010

My Special Friend

Isn't it funny
how some special people
don't realize they special at all?
They're thoughtful
without even thinking about it.
They're always right there
when you call 
They share,not expecting
a thing in return.
Yet always seem richer
for giving--
Isn't it lovely how
those special people
can teach us
so much about living!
You're one of those Special People!
Thanks for being my friend

Friday, November 19, 2010

Cetusan idea.....


Syukur Alhamdulillah....siap gak keja aku...puas sgt2 aku tgk hasil keja aku nie....actually mula2 rasa mcm tpikir juga aku "Boleh ker aku buat nie"....tp akhirnya siap gak hasil seni aku nie....walaupun last minute aku dapat information yang kurang menyenangkan sikit...tp x per la...yg pting aku puas hati ghan keja aku....hahahahah.....x sgka plak Ketereran aku yg dulu telah kembali (time keja ghan kompeni Arkitek)....diantara 3 hasil keja aku...nie la hasil keja yg paling aku suka tgk depannya....jd aku nak save hasil keja aku yg lawa nie kat sini...hahahah

Tuesday, November 2, 2010


"Ayah...pulangkan balik tangan Ita..." by Better Man


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Syukur !!!!

Pukul 7 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini


Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini



SYUKUR ALHAMDULILLAH.......

Sunday, October 10, 2010

Kenangan Terindah.....Program Jalinan Mesra Jiran Sekampung



x tau nak taip ape...biasa la...baru nak berjinak tulis blog mcm tu ler...heheh...by the way saja nak taip jadual perjalanan time nak p join program politik...hehehe...baru nak blajar pasal politik...turun pun sebagai pemerhati...


JADUAL PERJALANAN YG X AKAN DILUPAI...


0300 - Memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Beluran,Sandakan bersama AJK Barisan Nasional Beluran (En. Zainuddin Hj. Saipuddin) 


0415 - Tiba di Nabalu Park....perjalanan terhenti apabila byk kereta terkandas kerana berlakunya kejadian tanah runtuh di jalan Nabalu.Tetapi mmg btl org kata,klo niat kita dah baik,perjalanan pasti akan sentiasa diberkati Allah SWT...kami bernasib baik kerana dibantu oleh penduduk setempat apabila memberi tahu kami tentang jln pintas melalui kg (walaupun jalan tanah liat,kami redah ja...keta 4WD la katakan)


0900 - Tiba di Beluran.Bersarapan bersama wakil-wakil UMNO & Rela Beluran di Restoran Nasi kuning yg terkenal di Beluran kepunyaan Cikgu Kurus..


1000 - Bertolak ke Kg Pulau Keniogan melalui jalan laut dan dijangka akan tiba pada jam 1100.


1115 - Tiba di Kg Pulau Keniogan dan disambut mesra oleh penduduk kg dan Ybhg Datuk Hj Madlis Hj Aziz selaku ketua kg...Jamuan ringan bersama Datuk Hj Madlis...


1145 - Ketibaan rombongan daripada Kg Terusan Sugut (Kg halaman aku bai nie...heheheh)


1200 - Bersolat Jumaat bersama penduduk kg...


1310 - Jamuan tengah hari sebelum berentap petang nanti....hehehehe


1400 - Perlawanan Badminton Lelaki (Kg Pulau Keniogan VS Kg Terusan Sugut)


1500 - Perlawanan Bola Tampar Lelaki (Kg Pulau Keniogan VS Kg Terusan Sugut)....Kg Terusan Sugut Menang walaupun ditentang hebat oleh Tuan Rumah....Tahniah...


1615 - Perlawanan Bola Sepak Lelaki (Kg Pulau Keniogan VS Kg Terusan Sugut)....perlawanan berakhir seri....heheheh .....time nie dayang2 Kg Terusan Sugut baru tiba ke Kg Pulau Keniogan....hehehe...besa la ppuan...lambat nak bersiap..terpaksa sukan diorg ditunda...


1800 - Berhenti rehat utk Acara persendirian (Mandi,Solat & Makan)


2030 - Acara Dewan Bermula....nie yg ditunggu2 nie..heheheh....besa la...byk acara2 best nie...poco2nya...nanyi2..  silap mata & lain2...mlm nie aku x duduk dlm dewan...kat blakang stage jer....


0000 - Acara selesai & Minum Malam bersama Ybhg Datuk....


0100 - mata dah flet nie...terpaksa la aku meminta diri tuk p tido...heheheh...kat dewan masih lagi berkaraoke..x ku peduli sebising mana bunyinya....melayan mata terus....heheheh


0530 - Bangun tido n Solat...nak mandi tp sejuk sangat...pas solat terus Flet balik...heheheh


0630 - Bgn tuk mandi & bersiap tuk majlis seterusnya...heheheh...


0730 - Bersarapan bersama Wakil rombongan & Ybhg Datuk


0900 - Lawatan Amal ke rumah penduduk kg yg  kurang bernasib baik bersama Wakil rombongan & Ybhg Datuk (byk btl masalah2 yg jarang2 dijumpai di kg2 lain....tetapi kg nie mmg unik kerana terdapat seorg warga tua yg amat pakar dalam soal berjawab pantun...heheheh...kalah kami lawan ghan mck nie)


1000 - Sesi bergambar dgn wakil2 yg terlibat (heheheh...part bergambar nie la yg aku byk lari2...ramai ppuan memangil bergmbar sama2 nie...SEGAN LA AI...hehehe)


1100 - Bertolak balik ke Beluran...time nie semua muka sedih ja nie...besa la...program nie telah mengikat hati kami semua...heheheh...


1200 - Tiba di Beluran.....sesi makan2 sebelum masing2 membawa diri ke umah masing2....


1245 - Bertolak ke Kota Kinabalu bersama AJK Barisan Nasional Beluran (En. Zainuddin Hj. Saipuddin) 


1615 - Berhenti di Telupid (beli makanan ringan n solat)


1800 - Berhenti di Ranau (menghilangkan rasa penat n mengantuk...sambil2 tu solat)...sejuk sgt airnya...mengigil mengambil wudhu...heheheh...hujan2 lagi....


2000 - Tiba di Kota Kinabalu.....(sampai2 ja terus mandi & Tido...letih sgt tetapi best)


Program nie merupakan Program UMNO-BN Beluran......Sgt2 best programnya...dapat menyelami masalah penduduk yg kurang bernasib baik



Tuesday, October 5, 2010

Tarikh Penting !!!!!!!

Bulan ni byk tarikh2 yg perlu aku ingat.....besa la tu kan...dlm kehidupan seharian nie mmg byk ujian2 daripada Allah yg perlu kita lalui....tu la yg dinamakan Qada N Qadar.....Tarikh2 ni amat2 penting bagi aku agar aku dapat memajukan lagi diri ini....Insyaallah.....
  • 6 Okt (Wed) - ISO Internal Audit 2011 
  • 7 Okt (Thur) - ISO Internal Audit 2011 
  • 11 Okt(Mon) - Management Review Meeting
  • 20 Okt(Wed) - ISO 9001 Independent European Certificate Audit

Ya Allah Ya Tuhanku,lapangkan la dada & fikiranku agar aku dapat menempuhi ujian2 kecilmu ini ya Allah....
Ya Allah Ya Tuhanku,aku telah bernazar kepadamu Ya Allah dan akan aku laksanakan jika aku dapat menempuhi ujian2 mu ini Ya Allah......Amin...Ya Robbal Alamin

Thursday, September 30, 2010

Tips From My BRO......

Best plak dgr tips dari org Vateren pasal bab2 perhubungan nie...heheeh...by the way saya nak kongsi la c kit per yg berlaku yg sedikit sebanyak mencuci kepala aku sikit....

9 sikap wanita yang disukai lelaki :

Novel/Cerpen Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi dayatarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya .

Menghargai 
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.


Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona..


"Wahai Tuhan ku tak layak kesyurga-Mu ...namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu....kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu ..."Ya Allah jadikan lah kami hamba2-Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Friday, April 16, 2010

Tired but fun.....

wah...cuti 1 mgu aku akhirnya akan berakhir.....penat sgt walaupun cuti...tp penat yg berbaloi la...penuh dgn memori yg indah n akan diingat hingga ke akhir hayat.....tq 4 my fmly n fren yg byk memberi aku kekuatan agar sntiasaa kuat mengharungi kehidupan sehari-hari.....Syukur alhamdulillah...mgu depan dah nak operation pulak...mengejut ja kena kol dari Hospital.....tp elok juga latu....lama dah aku menahan sakit2 ni.....Semoga aku dapat melalui dugaan ini dgn tenang dan operation itu berjaya......

Tuesday, April 6, 2010

Site.......site........site.....kudat ! wait 4 me.....

Keja....keja...keja...ari-ari penuh kejutan dalam kehidupan kerja aku ni....mengeluh? x la....cuma kkdg mengejut ja arahan yg aku terima dari pihak atasan.....tomorrow i will stay at site full time until this project finish ....earm....thats means...aku akan sgt2 jarang akan on9....why? coz its "pedalaman".....that's mean no line 4 internet...line tepon pun 1 bar ja...hahahah...mengeluh? x la....juz take this thing sebagai pengalaman...syukur alhamdulillah...ops...2 kali aku ulang perkataan " mengeluh"....i dont means that....sorry...k la....nak p packing brg2...heheheh......[semoga sepanjang aku keja kat tempat org akan dilindungi Allah sentiasa...Amin]

Sunday, March 28, 2010

Wedding Time.....heheheh

Wedding wedding wedding.......
byk btl jemputan kawen bulan ni.....kkdg terpikir juga bila la masanya sampai turn aku....hahahah....but org kata mgkin belum seru je tu....heheheh....kelmarin wedding kazen Liana aku p singgah....seronok aku kat sana...ada persembahan tarian kebudayaan lagi....yg paling bestnya jumpa gan Liana....dah 7 thn x jumpa....rasa rindu pulak kat kawan2 kat semenanjung .....heheheh....by the way.....ada lagi majlis kawen aku nak p ni.....heheheh

Wednesday, March 24, 2010

Suara ( Ku Berharap ) - Hijau Daun


Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

*
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Back to *

Sunday, March 21, 2010

suaSana oPis............

Ari2 turun opis pekara yg sama ja yg berlaku......besala tu....dah pun keja namanya.....hahhaha....pa lagi klo dok keja gan dikelilingi popuan ja kat opis aku kat atas ni.....tp fun juga la....ada ja citer2 yg selalu buat aku ketawa n tersenyum oleh diorg ni....heheheh....setidak-tidaknya x lah aku stress sgt gan keja.....Semenjak Project Manager jarang masuk Opis ni (Coz ari2 turun site - Kudat)....aku sebagai timbalannya ni kena sentiasa alert gan apa je keja supaya setidak-tidaknya ada yg akan aku jawab bila dia tanya (besala tu....bos la kata kan)....heheheh.....yg x best tu klo dia turun site...sentiasa ja dia kol (mood dia pun selalu x ok klo kat site)....huru hara juga la klo pa yg dia suruh buat asyik pending ja...walaupun bukan pending dari aku tp selalu pending dari sebelah pihak yg len....heheh...pa yg dia selalu kata kat aku ialah "u are my assistant, u must push person who make this thing pending"....heheheh...paling2 aku akan jawab " ok,dont worry....i will work to it"...heheeehhe...k la .....must cont. my work.....